Monday, March 31, 2008
First Time mengundi
Tatakala berumur 24 tahun dulu masih tiada kesedaran lagi untuk mengundi untuk memilih kerajaan Malaysia... Semuanya kerana tiada ape yang perlu aku pikirkan mengenai dunia politik.. Namun kini setelah berumur 29 tahun ini adalah first time aku mengundi dengan semangat yang berkobar-kobar hinggakan orang tua ku rasa terkejut dengan tindakan aku... semuanya gara-gara kepincangan politik Malaysia.... Ramai sangat yang jadi lanun untuk merompak harta rakyat... malahan ada juga menteri2 yang seolah-olah bertindak untuk menyokong perbuatan keji itu.... Aku rasa marah dengan sikap pemimpin yang terlebih bergantung harap pada negara lain sedangkan dulu selalu dengar slogan "Malaysia Boleh". Nak promote negara sendiri pun perlu pertolongan negara lain untuk promote, walhal menteri2 dan wakil rakyat ni dah dipilih oleh rakyat untuk menjalankan kerja2 tersebut... namum amat mengharap negara lain yang buat kerana sikap yang suka pentingkan diri sendiri.... Kepada pemimpin2 yang korup dan yang bersekongkol dengan keluarga dan kroni untuk menjahanamkan negara sila lah lepaskan jawatan anda kerana anda tidak diperlukan untuk menjadi pemerintah...
Subscribe to:
Posts (Atom)